smkptlogosmall100

Sejarah Sekolah

SMK Pekan Telipok, dulunya terletak lebih kurang 24KM dari bandar raya Kota Kinabalu dan 0.4KM dari jalan raya utama yang menghubungkan Daerah Kota Kinabalu dengan Daerah Tuaran.

Ia didirikan pada 1988 melalui "Projek Kilat" untuk menempatkan bilangan pelajar yang tidak dapat ditampung oleh sekolah sekolah sedia ada yang berhampiran. Tapak awal sekolah ini dimiliki oleh SK Pekan Telipok dan berstatus menumpang di kawasan SK Pekan Telipok.

Ia dibuka secara tidak rasmi pada 1 Disember, 1989. Pada peringkat awal, sekolah dibina daripada bangunan kayu beratap zink. Ia beroperasi dengan enam buah kelas pada permulaannya. Pada masa itu, pelajar datang dari 4 saluran sekolah iaitu, SK Pekan Telipok, SK Lok Yuk, SK Rugading dan SK Nongkolud.

Pada 2004, bilangan bilik darjah telah bertambah kepada 12 buah diatas daya usaha PIBG dan Pihak Sekolah. Dewan serba guna, perpustakaan dan blok kemahiran hidup turut dibina. Walaubagaimana pun, bilangan kelas masih tidak mencukupi untuk menampung seramai 915 orang murid dari tingkatan 1 hingga 5 yang terdiri dari 25 buah kelas dengan dua sesi persekolahan pagi dan petang.

Sekolah pada masa itu telah termasuk dalam kawasan KKIP Sdn Bhd, perancangan pembinaan sekolah baru di ura-urakan pernah dimasukkan dalam RMK ke 7 dan akhirnya pada tahun 2009, usaha serius dilakukan bagi memperolehi tapak kekal dan bangunan baru dan pada 20 Ogos 2009 tapak dan kerja bermula dan setelah menghadapi pelbagai rintangan, bangunan SMK Pekan Telipok siap 12 Jun 2017

Pada 2/3/2018, SMK Pekan Telipok telah berpindah ke Tapak baru berhampiran KKIP yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Terkini, jumlah pelajar SMK Pekan Telipok, termasuk pelajar kelas pendidikan khas lebih kurang 938 orang mengikut data APDM sehingga 17/3/2019.

Galeri Gambar

Awal pembukaan sekolah tahun 90an

Sebelum berpindah ke sekolah baru.