Berikut adalah soalan-soalan yang biasa ditanya kepada pihak sekolah oleh ibu bapa. Jika masih ingin mendapatkan maklumat, sila datang ke sekolah. Terima kasih.

Bagaimana nak pindahkan anak ke SMK Pekan Telipok?

Untuk pindahkan anak ke SMK Pekan Telipok, sila datang ke SMK Pekan Telipok untuk berjumpa dengan Tuan Pengetua. Sila bawa bersama keputusan peperiksaan terakhir anak anda dan salinan bil utiliti.

Bagaimana untuk memohon bertukar keluar dari sekolah ini ke sekolah lain?

Untuk berpindah keluar, Ibu/Bapa pelajar MESTI sendiri datang ke Pejabat AM bagi membuat permohonan tersebut. Sila bawakan surat penjagaan/surat nikah/cerai.

Perlukah buku teks dihantar sekiranya anak bertukar ke sekolah biasa yang lain dalam negeri?

Tidak perlu sekiranya berpindah ke sekolah harian biasa, jika ke KV kena pulangkan semua.

Jika telefon anak anda dirampas, apa tindakan anda?

Membawa telefon bimbit adalah satu kesalahan berdasarkan pekeliling iktisas Bil 2/2009 mengenai larangan membawa telefon bimbit.Telefon bimbit tersebut boleh dirampas oleh mana-mana guru. Dalam tempoh sebulan, Ibu bapa akan dipanggil untuk mengambil telefon bimbit.Untuk kesalahan kedua, pengambilan hp tersebut boleh dibuat pada akhir tahun persekolahan.

Anak saya membawa telefon bimbit ke sekolah dan telefon itu hilang atau dicuri, apa yang boleh pihak sekolah lakukan?

Membawa telefon bimbit ke sekolah TANPA KEBENARAN ADALAH MERUPAKAN SATU KESALAHAN mengikut pekeliling ikhtisas Bil 2/2009.Jika telefon tersebut hilang dikawasan sekolah, apa yang boleh pihak sekolah lakukan ialah membantu untuk mencari. TETAPI ia bukan tanggungjawab pihak sekolah. Risiko kehilangan telefon bimbit adalah di bawah tanggungan masing-masing.

Jika anak demam atau sakit apa yang perlu dibuat?

Kehadiran murid ke sekolah adalah WAJIB, sekiranya sakit. Pastikan anak anda berada dirumah/dihantar ke klinik/hospital.

Jika sakit sikit-sikit?
Sakit yang sedikit boleh melarat, pihak sekolah akan telefon ibu-bapa jika anak anda sakit. Kami TIDAK akan sama sekali memberi ubat. Kami amat tidak galakkan anak yang sakit dihantar ke sekolah.PASTIKAN ada sijil sakit dari hospital/klinik jika tidak hadir lebih 1 hari berturut-turut.

Jika TIDAK HADIR 3 HARI BERTURUT-TURUT. Pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran pertama tanpa MC yang SAH dari Doktor Perubatan.

Sekiranya tidak hadir pada hari peperiksaan, anda hanya boleh menduduki peperiksaan semula dengan MC sahaja, tanpa MC tiada alasan akan diterima.

Jika anak anda dibuli, apa tindakan yang perlu anda lakukan?

Sekiranya anak anda mengadu dibuli, sila datang bertemu dengan guru Penolong Kanan HEM, Pn Ritah Bukin/Penolong Kanan 1 Tn Hj Jafri.Atau minta anak anda berjumpa dan membuat aduan dengan guru disiplin sekolah.

Apakah jenis elektif yang ditawarkan bagi tingkatan 4?

Buat masa ini, sekolah menawarkan

  1. Sains Tulen
  2. Perdagangan
  3. Prinsip akaun
  4. Ekonomi
  5. Sastera

Bagaimana dengan potongan rambut yang dibenarkan untuk pelajar lelaki?